Wednesday, March 11, 2009

assignment makin bertimbun kaedahnye....

emhhh
penat la rasenye sekarang ni
lagi tinggal sebulan lagi penat rasenye
assignment makin bertambah
test takder la tambah sangat
tapi boleh la
saya plak asek rase letih jek
dah la pagi tadi tak pegi klas jerman
hehehe
malas ler
penat yang melampau
tapi tak per
baru satu kali tak pegi klas tu
hihihi

Wednesday, February 25, 2009

KAWAN-KAWAN!!!

mODUL da tak der kan?? hahaha bestnye
boleh balik ampang dis week
rindu sangat dah ni kat mak saya
tapi nnt ade test plak
2 lagi tu
tapi tak pe la
janji minggu ni bole balik
yahooooo

Berita dalam talian lebih bebas daripada akhbar tradisional

Berita dalam talian ataupun dalam bahasa Inggerisnya, Online News boleh didefinisikan sebagai bahan berita yang diterbitkan secara talian, iaitu ianya melibatkan penggunaan medium yang canggih pada masa kini, yakni computer. Ini adalah kerana, berita dalam talian hanya dapat dibaca serta dilayari secara maya. Manakala, berita tradisional pula merujuk kepada surat khabar yang dicetak dan boleh didapati di kedai – kedai runcit dan sebagainya. Akhbar tradisional, ataupun akhbar arus perdana (main stream media) melibatkan banyak tenaga pekerja termasuklah wartawan, editor, pencetak dan pelbagai lagi. Antara contoh akhbar arus perdana yang boleh didapati di Malaysia adalah seperti Berita Harian, The News Straits Times. The Star, Utusan Malaysia dan lain-lain.

Kedua-dua bahan berita ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antaranya, jika dilihat dari sudut berita talian, struktur kandungannya hampir sama dengan akhbar tradisional, yang membezakannya ialah, satu di dalam talian manakala satu lagi dicetak. Berita talian lebih cepat dikemaskini dan dapat diterbitkan pada hari itu juga. Berita talian juga menjimatkan kertas berbeza dengan akhbar tradisional yang semestinya memerlukan kertas untuk dicetak. Namun begitu, akhbar tradisional boleh dibaca secara berulang kali dan lebih bersifat realistik, ianya dapat dipegang dan puas apabila membacanya. Akhbar tradisional juga agak tebal walaupun bersaiz tabloid.

Berkata dari segi kebebasan, memang ada benarnya bahawa berita dalam talian lebih bersifat bebas dibandingkan dengan akhbar tradisional. Ini adalah kerana, berita dalam talian yang disiarkan tidak mempunyai pantuan ataupun gatekeeper, iaitu mereka yang bertanggungjawab untuk menapis bahan-bahan media yang tidak diperlukan. Sebagai contohnya, jika dilihat dari sudut industri akhbar tradisional, sebelum proses mencetak, segala bahan berita yang diperoleh oleh para wartawan akan dianalisis terlebih dahulu oleh editor mereka. Editor merupakan salah seorang yang mempunyai tanggungjawab sebagai gatekeeper. Berbeza dengan berita dalam talian, tiada pihak yang berperanan sebagai gatekeeper untuk memeriksa kandungan bahan berita sebelum diterbitkan dalam talian.
Pada hari ini, salah satu trend ataupun gaya hidup yang semakin menular ialah kewujudan blog. Hampir semua orang akan mempunyai blog.Blog umpama diari atau catatan harian, cuma ianya berbentuk talian. Penulis-penulis blog bebas untuk menulis apa sahaja pendapat mereka tanpa mendapat apa – apa tentangan. Namun, masih ada batasan yang harus dipatuhi. Jika mereka menulis sesuatu yang berunsur fitnah dan melampau, tindakan tetap akan diambil. Hakikatnya, sesuatu yang ditulis diblog boleh juga dijadikan bahan berita untuk disiarkan secara talian. Sebagai contohnya, kes yang baru-baru ini terjadi, yang melibatkan ADUN Bukit Lanjan serta Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong di mana gambar separuh bogelnya dirakam di kediaman beliau sendiri dan disiarkan dalam talian terlebih dahulu sebelum dapat dihidu oleh media cetak. Ini hampir menunjukkan bahawa, pembaca pada masa kini berkemungkian untuk memilih berita talian sebagai bahan bacaan utama jika dilihat dari segi kebebasan menulisnya.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ataupun dikenali juga sebagai Communication and Multimedia Act 1998 (CMA), menyatakan bahawa “Nothing in this act shall be construed as permitting the censorship of the Internet” (Ministry of Energy, Water and Communication 1998). Akta ini melibatkan media komunikasi dan juga multimedia iaitu internet sebagai sumber utamanya. Ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa berita dalam talian telah mendapat kelulusan untuk menjadi medium penyiaran yang boleh berlaku bebas terhadap apa yang ingin mereka siarkan. Namun begitu, kebebasan yang telah diberi telah disalah gunakan oleh pihak-pihak yang kurang bertanggungjawab dengan menyiarkan berita-berita yang sewajarnya ditapis terlebih dahulu supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak sekaligus boleh melibatkan pergaduhan. Antara contoh yang boleh dikenal pasti banyak menimbulkan masalah berpunca daripada sumber-sumber talian adalah seperti berita rasuah, politik dan sebagainya.

Kebanyakan penulis dalam berita talian merupakan bekas wartawan, masih lagi menjadi wartawan mahupun penulis bebas. Mereka juga berkemungkinan pernah berkhidmat sebagai wartawan di media arus perdana dan bertukar peranan sebagai penulis bebas kerana tidak perlu mematuhi guidelines ataupun panduan yang telah ditetapkan dalam Freedom of Press. Kebebasan yang mereka perolehi membolehkan untuk menulis tentang apa jua perkara yang mungkin tidak boleh dilakukan dalam akhbar arus perdana.
Berita dalam talian boleh disifatkan sebagai bahan berita yang mempunyai bukti yang kukuh. Ini adalah kerana, berita-berita ini jika disiarkan diselit juga dengan video atau apa-apa jua bahan yang boleh dijadikan bukti. Ini adalah untuk meningkatkan tahap kepercayaan orang ramai terhadap berita dalam talian. Walaupun tidak kesemua berita dalam talian adalah benar, ianya masih mampu untuk mempunyai golongan pengikut yang tersendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapatnya sesetengah bahan berita yang diperoleh oleh wartawan akhbar tradisional melalui berita dari dalam talian. Ini juga adalah disebababkan oleh faktor masa kerana berita dalam talian lebih cepat disiarkan. Kemunculan penulis-penulis bebas dalam melahirkan buah pendapat mereka juga turut menyumbang kepada kebebasan dalam menulis berita ataupun informasi secara talian. Perkara ini dilakukan tanpa mendapat pemantauan yang rapi. Ini adalah sangat berbeza dengan akhbar tradisional tertentu yang dipegang oleh pihak kerajaan. Maka, semua bahan berita adalah bertindak sebagai pro kerajaan dan sebaliknya. Sebarang berita yang didapati menyinggung mana-mana pihak ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang menulis laporan tersebut. Disebabkan akhbar tradisional, contohnya Utusan Malaysia berada di bawah kuasa kerajaan Malaysia, maka ramai yang telah mula beralih untuk menulis secara dalam talian yang dilihat mereka lebih mempunyai Freedom of Press.

Secara kesimpulannya, dapat dilihat dewasa ini ramai yang lebih senang untuk melayari Internet dalam mencari berita. Maka, para penulis yang menulis dalam talian, yang bertanggungjawab untuk mencari dan menyiarkan bahan berita sewajarnya berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak, kerana tindakan menyiarkan berita yang bebas akan mempengaruhi pemikiran pembaca. Kebebasan terhadap sesuatu perkara adalah penting tetapi perlu diingat bahawa batasannya juga adalah amat penting. Seperkara lagi, disebabkan kebebasan ini juga, tidak mustahil untuk akhbar dalam talian mengatasi akhbar tradisional pada suatu masa kelak kerana pembaca mencari suatu kebenaran yang hakikat.

Sunday, February 22, 2009

weh...nak balik ampang:-(

dah lamenye tak balik ampang
eindu nak jumpe mak kite tu
rindu nak minum neskafe o yang die bwat
ni sume pasal modul yang kene datang 3 minggu berturut-turut
penat kot
amat penat
tapi bukan saya sorang je yg penat
ramai lagi yg rase penat kan
yang penting....
6hb aku nak cabut balik ampang
hahaha

Monday, February 16, 2009

hari ini dalam sejarah dunia....

pertama kali bwat blog
gile mundur si pipi monet ni
hahaha
tapi dah dapat 1 kawan
misssyana....
dah la
klas on9 journ dah nak start